Lima Yatim Piatu Terbela, Jadi Anak Angkat Ahli Parlimen Putrajaya

PUTRAJAYA – Nasib lima beradik yatim piatu di Presint 11, Putrajaya bakal berubah apabila kehidupan mereka mendapat pembelaan dengan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadikan mereka sebagai anak angkat.

Katanya, usaha tersebut dibuat bagi memastikan kebajikan dan keperluan anak-anak ini sentiasa diutamakan.

“Alhamdulillah. Allah SWT lancarkan urusan ambil anak angkat yatim piatu lima beradik. Insya-Allah kehidupan mereka akan dibela dan segala kebajikan serta keperluan mereka juga akan dipenuhi. Semoga Allah SWT permudahkan setiap urusan dan anak-anak ini meneruskan pembelajaran dengan selesa, tenang dan sejahtera agar cemerlang kehidupan mereka pada masa hadapan,” katanya.

Sebelum itu, Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya telah mewakli mewakili beliau dengan mengadakan lawatan dan menyerahkan sumbangan untuk mereka. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: