Wanita UMNO Putrajaya Santuni Anggota Yang Uzur
PUTRAJAYA – Sokongan dan bantuan dalam pelbagai cara menjadi keutamaan UMNO sebagaimana Wanita UMNO Putrajaya menyantuni anggota parti yang ditimpa keuzuran.
Usaha tersebut dibuat oleh ketuanya, Puan Husna Abdul Rahaman bersama barisan ahli jawatankuasanya yang turun padang dengan berkunjung ke rumah mereka.
Ini membabitkan kunjungan ke kediaman Ketua Wanita Cawangan Carnition, Puan Zalifah selain Wanita UMNO Cawangan Kasturi, Puan Azizah; Wanita UMNO Jenjarum, Puan Siti Salmah dan Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Lavender, Puan Noraida Junid.
Sesi ziarah ini dibuat bukan hanya sekadar menghulur salam perkhabaran dan mendengar keluh kesah dari hati ke hati tetapi juga menunjukkan kukuhnya jalinan persaudaraan dalam kesatuan anggota UMNO di Putrajaya.
Sokongan moral dan doa para sahabat yang juga menjadi sebahagian dari keluarga besar Putrajaya diharap akan dapat menjadi penawar seterusnya mereka yang ditimpa keuzuran akan cekal dan tabah berdepan ujian. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.