Isu Semasa

SPRM Batalkan Rampas Dana Politik UMNO Yang Dimulakan Latheefa Koya

Akhirnya SPRM membatalkan usaha yang telah dimulakan oleh Latheefa Koya untuk merampas dana politik UMNO bahagian dan sebuah parti politik yang pernah bersama BN pada PRU 14.

SPRM yang dipimpin oleh Lateefah Koya telah bertindak terhadap 40 entiti politik, pertubuhan, syarikat dan orang individu untuk membeku dan merampas dana dalam akaun-akaun mereka.

Namun satu persatu kes-kes itu telah ditolak oleh mahkamah. BN Johor Bahru adalah antara 40 yang dikenakan tindakan itu. Kami, bersama dengan yang lain, telah berjaya di peringkat mahkamah.

Pengendalian kes-kes ini memerlukan kepada perbelanjaan untuk khidmat peguam dan juga memakan masa pihak yang terlibat. Di pihak SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya, sungguhpun gaji mereka datangnya dari dana awam (public funds), tapi ianya duit juga.

Tetapi kerana politik dendam dan pendakwaan terpilih yang menjadi budaya politik PH, SPRM dijadikan alat kerajaan PH. Ianya bukan “Rule of Law” tapi “Rule of Man”.

Ahli politik dan parti politik yang sanggup ikut PH selepas PRU 14, semuanya terlepas dari tindakan dendam dan pendakwaan ini.

Mahkamah juga menjadi benteng mempertahankan keadilan!

#RuleofLaw
#MahkamahBentengKeadilan

Shahrir Samad