Aktiviti & Komuniti

Terima Kasih Ahli Parlimen Putrajaya, Kami Terhutang Budi – Waris Allahyarham Shahrul Najif

PUTRAJAYA – Semalam, warga Putrajaya kehilangan seorang komunitinya apabila Shahrul Najif yang bertugas di Kementerian Pendidikan telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Muar, Johor dengan segala urusan berjalan dengan lancar.

Mewakili keluarga, adik Allahyarham iaitu Shahrul Adham menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan yang telah melaksanakan inisiatif memudahkan urusan membawa pulang jenazah ke tempat kelahirannya.

“Dikesempatan ini saya mewakili keluarga arwah ingin mengucapkan ribuan penghargaan terima kasih kepada pihak Datuk atas bantuan bagi pengurusan arwah abang saya semalam. Kami terhutang budi atas jasa Datuk dan diharapkan balasan yang baik dari Allah,” katanya kepada ‘ketua kampung’ itu.

Difahamkan, balu dan anak Allahyarham akan terus menetap di Putrajaya memandangkan bertugas di sini.

Sebagaimana sedia maklum, pelbagai kaedah telah diaplikasi oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi memastikan warga tempatan terbela dan mendapat pelbagai bantuan serta dipermudahkan urusan melibatkan apa-apa juga keadaan.

Parlimen Putrajaya turut menyediakan kemudahan bantuan melibatkan khidmat van jenazah percuma yang dikendalikan oleh Yayasan Al-Mansoriah kepada komuniti Putrajaya yang kematian ahli keluarga.

Khidmat ini bukan hanya dilaksana di sekitar Putrajaya tetapi juga membawa jenazah pulang ke kampung halaman tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Inisiatif ini telah dilaksana oleh Datuk Seri Tengku Adnan sejak beliau menjadi wakil rakyat di sini sebagai usaha untuk membantu mengurangkan beban ahli keluarga dan waris jenazah khususnya dalam keadaan verdepan dengan kehilangan.

Semoga usaha murni dan segala kebaikan yang dilaksana akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. – UMNOPutrajaya