Berita

Sokong Bajet 2021 Bukti BN Sentiasa Dahulukan Rakyat

Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 yang lulus di peringkat dasar baru-baru ini adalah bukti UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar telus dan jujur dalam memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat.

Kerana itulah, UMNO/BN telah membangkit dan memastikan beberapa perubahan dibuat dalam bajet tersebut agar ia lebih mesra rakyat.

Meskipun terdapat cubaan untuk menggagalkan belanjawan ini melalui undi belah bahagi tetapi sikap solidariti dalam kepimpinan BN berjaya membawa kepada kelulusan belanjawan ini.

Jika kita lihat semasa BN menjadi pembangkang, semua Ahli Parlimen BN tetap menyokong belanjawan kerajaan ketika itu kerana apa yang menjadi keutamaan perjuangan BN adalah nasib rakyat.

BN sentiasa mendahulukan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat apatahlagi di kala negar dilanda pandemik COVID-19, sudah pasti Belanjawan 2021 ini perlu disokong bagi meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya golongan yang amat memerlukan.

Ini terbukti apabila BN menyuarakan dan bertegas agar kerajaan melulus dan mempermudahkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagaimana yang diharapkan rakyat kerana mengeluaran KWSP ini dapat meringankan kos sara hidup rakyat yang makin terhimpit akibat COVID-19.

Perjuangan BN tidak pernah lari dan tidak akan berubah iaitu sentiasa mendahulukan rakyat dan ia selari dengan slogan UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

#kekaltenang
#PakLongMail
#DSIS
#NoDapNoAnwar

ISMAIL SABRI YAAKOB
Menteri Kanan Pertahanan Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Bera