Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Tengku Adnan Liputi Keperluan Dan Keselesaan, Terima Kasih ‘Ketua Kampung’

PUTRAJAYA – Keprihatinan dan rasa tanggungjawab Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih sinonim dengan panggilan ‘ketua kampung’ terhadap keselesaan rakyat melangkau pelbagai perkara.

Bukan hanya hal-hal melibatkan kebajikan, perkhidmatan dan keperluan awam tetapi keselesaan warga Putrajaya juga sentiasa menjadi keutamaan beliau.

Hal tersebut direalitikan dengan pemberian kelengkapan kepada surau-surau di sekitar Putrajaya dan kali ini Surau Al Najihin di Presint 15 dan Surau Ar-Raudhah, Presint 16 menerima sumbangan mimbar.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa surau terbabit menzahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Tengku Adnan yang sentiasa cakna dengan kesejahteraan rakyat.

“Saya bersama AJK dan jemaah surau merakamkan jutaan terima kasih. Jazakallah Khairan Khatira atas sumbangan mimbar untuk surau kami. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan dan jasa-jasa Datuk Seri,” kata Cikgu Saifullah Mat Saufi selaku Pengerusi Surau Ar-Raudhah.

Sumbangan mimbar ini bakal melengkapkan keperluan surau-surau terbabit untuk keselesaan kariahnya yang telah mengadakan solat Jumaat.

Terdahulu, Surau Ar-Raudhah Presint 16 Putrajaya telah ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai Surau Diri Jumaat Sementara bermula pada Jumaat 13 November 2020 sementara Surau Al Najihin buat pertama kalinya telah melaksanakan n Solat Jumaat pada 4 Disember 2020. – UMNOPutrajaya