Aktiviti & Komuniti

Pemuda UMNO Putrajaya Bakal Tutup Tirai 2020 Dengan Mobile Legends Bang Bang

PUTRAJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya bakal menutup tirai tahun 2020 dengan final Mobile Legends Bang Bang yang bakal diadakan pada 31 Dis nanti.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Mohd Zusheidy Zulkifli memaklumkan Putrajaya E-sport Festival yang julung kali diadakan memberi peluang kepada anak-anak muda khususnya yang berada di rumah sepanjang PKP lantaran COVID-19 untuk mempamerkan bakat dalam sukan maya ini.

Katanya, hari ini telah selesai Putrajaya E-sport Festival bagi kategori PUBG yang diadakan secara langsung menerusi laman Facebook ‘ketua kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Alhamdulillah, selesai sudah sebentar tadi. Masih ada satu lagi kategori, Mobile Legends Bang Bang yang akan bermain di pentas akhir pada 31 Disember 2020.

“Tahniah kepada Juara bagi Kategori PUBG, iaitu pasukan Tasbih. Kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada Siri akan datang. Insya-Allah, pihak Ketua Pemuda Pemuda UMNO Putrajaya, Dr.Tengku Iqbal Munawwir akan mengadakan Siri Ke-2 pada Tahun hadapan 2021 pula.

“Kita tutup tirai 2020 dengan final Mobile Legends Bang Bang pada 31 Dis nanti.”

Dalam masa yang sama beliau menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada Koperasi Putrajaya Nasional Berhad (KOPNAS) dan Pengerusi Kelab Belia Inovatif Putrajaya Sdr. Mohamad Farid Ruzain, serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Sdr. Mohd Nizham yang turut sama menyokong penganjuran julung kali ini.

“Akhir sekali terima kasih Ketua Kampung Putrajaya Ku Nan yang cool support anak-anak muda di Putrajaya,” katanya lagi.

Terdahulu, hari ini 16 buah pasukan daripada 128 yang bertanding telah layak ke peringkat akhir. Keputusannya, kumpulan Tasbih Putrajaya telah menjadi juara bagi kategori PUBG. – UMNOPutrajaya

PUTRAJAYA ESPORTS FESTIVAL 2020