Aktiviti & KomunitiBerita

Syabas, Tahniah… Pemuda UMNO Putrajaya Realisasikan E-Sukan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pemuda UMNO Putrajaya yang telah mengadakan Putrajaya Esports Festival 2020 yang julung kalinya hari ini.

Beliau berharap e-sukan yang diadakan ini akan berjaya yang dalam masa sama dibuat tanpa melibatkan orang ramai perlu berkumpul beramai-ramai.

“Saya ucapkan tahniah kepada pemenang dan kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi lain kali,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau sempat berpesan agar warga Putrajaya tetap jaga diri dan mengutamakan keselamatan lantaran COVID-19 masih menular.

Putrajaya Esports Festival 2020 yang dianjurkan bersama oleh Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya dan Kelab Belia Inovatif Putrajaya serta Koperasi Putrajaya Nasional (KOPNAS) dengan mengenakan syarat pertandingan iaitu harus diwakili oleh sekurang-kurangnya tiga warga Putrajaya di dalam setiap pasukan.

E-Sukan ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 dengan penyertaan awal melibatkan 128 pasukan dan pada hari terakhir hanya 16 pasukan PUBG Mobile Putrajaya yang layak untuk merebut takhta Winner Winner Chicken Dinner. – UMNOPutrajaya