Aktiviti & Komuniti

Terima Kasih… Mesyuarat UMNO Putrajaya Lancar Atas Sokongan Akar Umbi

PUTRAJAYA, 3 Jan – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli UMNO Bahagian terbabit khususnya ahli jawatankuasa bahagian termasuklah kepada Wanita, Pergerakan Pemudan dan Puteri UMNO.

Ini kerana, katanya, kejayaan melaksanakan persidangan yang dibuat dalam norma baharu telah berjalan dengan lancar, teratur dan mengikut tertib mesyuarat yang ditetapkan.

“Alhamdulillah. UMNO Bahagian Putrajaya telah melaksanakan tanggungjawab sebagaimana Perlembagaan parti dan memperkukuh ukhwah sesama anggota.

“Inilah parti yang kekal istiqamah dalam perjuangan agama, bangsa dan negara. UMNO Putrajaya kekal teguh atas perjuangan demi Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta.

“Keutamaan dalam perjuangan kita adalah demi agama, bangsa dan negara… yang penting agama Islam dan Orang Melayu, itu kepentingan kita untuk kebaikan agama, bangsa dan agama. Kita terus kekal dalam perjuangan UMNO kerana asas dan perjuangan parti ini amat jelas sejak dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Jelas beliau lagi, sokongan daripada ahli-ahli akar umbi kepada UMNO memperkukuh parti dalam meneruskan kesinambungan perjuangan. – UMNOPutrajaya