Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Rakam Takziah Kepada Keluarga Datuk Nordin Hasan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Nordin Hasan yang meninggal dunia malam ini.

Allahyarham yang juga mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam.

Kata Tengku Adnan, beliau kehilangan seorang sahabat yang rapat dan setia.

“Saya mendapat berita pemergian Allahyarham ke rahmatullah. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga tabah menerima ujian ini,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di Hospital Putrajaya dan akan dibawa ke Surau Presint 20 untuk solat jenazah.

Allahyarham akan dikebumikan pada malam ini di Presint 20.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. – UMNOPutrajaya