Darurat… Apakah Sebenarnya Berlaku?

Akhirnya darurat telah diperkenan oleh YDPA sehingga 1 Ogos 2021. Walaupun saya percaya bahawa PKP / PKPB / PKPD adalah mencukupi bagi kita membendung wabak sepertimana yang telah kita lalui tahun lepas, tapi perkenan Agong kita tidak akan lawan.

Kita akan taat.

Menjadi persoalan apakah yang akan berlaku dengan pengisytiharan darurat ini? Adakah parlimen akan digantung atau demokrasi akan terencat atau kepercayaan pelabur akan hilang?

Demokrasi tak semestinya terencat. Pengisytiharan darurat ini bagi saya lebih kepada darurat kesihatan dan bukannya darurat keselamatan yang memerlukan tentera dikerah ke medan.

Malahan kita sebenarnya pernah melalui darurat panjang komunis selama 42 tahun. Proklamasi darurat yang bermula pada 15 Mei 1969 hanya ditamatkan pada 20 Disember 2011 pada zaman DS Najib Razak

Selama tempoh itu juga kita ada 9 kali PRU, berbelas PRN, berpuluh PRK dan ratusan sidang parlimen.

Tak ada masalah pun.

Tetapi kesan yang lebih besar adalah keyakinan pelabur. Dalam keadaan ekonomi kita yang telah dipintas Filipina dan Vietnam (dan masih dibelakang Singapura, Thailand dan Indonesia), proklamasi darurat bukanlah satu signal yang akan menarik pihak luar untuk memasuki negara.

Siapa sangka dalam masa 3 tahun, kita bertukar daripada negara yang berpotensi menjadi high-income nation kepada sebuah negara yang biasa-biasa.

Oleh itu sekiranya kerajaan masih mahukan rakyat berkurung dan darurat, ringankanlah beban dan kekalkan kuasa beli rakyat.

Benarkan pengeluaran KWSP secara pukal, tambahkan bantuan tunai, arahkan moratorium automatik tanpa faedah, laksanakan hukuman tanpa memilih bulu (atau dilihat memilih bulu) serta tambahkan insentif kepada peniaga.

Kalau rakyat boleh ikut perintah walaupun marah, kenapa bank tak boleh dengar apa yang kerajaan arah?

Satu lagi, apa yang kerajaan buat dalam tempoh darurat ini akan melibatkan YDPA secara terus. Maka tolong beri nasihat yang betul, benar dan jujur supaya YDPA dapat membuat keputusan berdasarkan keadaan sebenar.

Ini supaya institusi diraja tidak dimalukan dengan keputusan tidak wajar kesan nasihat yang tidak betul yang memihak kepada mana-mana parti politik.

Semoga Allah memberikan hidayah dan wisdom kepada YDPA dalam memimpin negara kita

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

%d bloggers like this: