Berita

Jom Kibarkan Bendera Menjelang Hari Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Tarikh 1 Feb ialah tarikh penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Menjelangnya kedatangan tarikh tersebut, komuniti setempat termasuk para kakitangan dan petugas Putrajaya diseru untuk mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan.

Ini adalah bertujuan meningkatkan kecintaan kepada Wilayah Persekutuan dalam kalangan masyarakat setempat.

Walaupun berdepan dengan keadaan darurat yang dilaksana dan usaha untuk memerangai wabak pandemik COVID-19, namun rasa kecintaan terhadap Putrajaya perlu terus disuburkan.

Bersama-samalah kita warga Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk mengibarkan bendera. wilayah Persekutuan di mana anda berada. – UMNOPutrajaya