Aktiviti & Komuniti

Terus Fokus Bantu Rakyat, Khidmat Setiap Masa Demi Keluarga Komuniti Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus fokus dalam khidmat membantu rakyat yang berdepan dengan pandemik COVID-19 khususnya mereka yang disahkan positif wabak tersebut dan dikuarantin di rumah.

Biarpun keadaan politik semasa tidak menentu selain pelbagai spekulasi dan manipulasi timbul berkenaan UMNO namun ia tidak pernah mematahkan semangat wakil rakyat Putrajaya yang lebih mesra disebut sebagai ‘ketua kampung’ untuk terus menghulur bantuan kepada rakyat.

Melalui Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya, para sukarelawan turun padang menyampaikan bantuan yang disumbangkan pleh Datuk Seri Tengku Adnan untuk mereka yang terpaksa melalui tempoh kuarantin di rumah lantaran COVID-19.

Barangan makanan asas dan keperluan dapur khususnya beras, telur, minyak dan beberapa barangan lain di hantar terus ke pintu-pintu rumah mereka bagi memastikan mereka ini tidak terputus bekalan makanan.

Sememangnya, inilah antara keberuntungan warga Putrajaya yang berada dalam komuniti satu keluarga besar dengan wakil rakyatnya sentiasa cakna bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan anggotanya.

Semoga bantuan dan keprihatinan yang dihulur akan dapat menjadi sokongan moral kepada mereka yang diduga dalam musibah sebagai pesakit COVID-19 selain warga Putrajaya sama-sama berdoa agar Putrajaya kembali bebas wabak tersebut.

Dilaporkan pada hari ini, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 3,339 kes menjadikan, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 158,434 kes. Dalam hal ini Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan 35 kes dengan 23 pertambahan kes baharu iaitu dua kes daripada kluster-kluster sedia ada, 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Marilah terus amalkan kawalan kendiri dan patuhi SOP, utamakan keselamatan dan pastikan kita menang dalam perang mewan COVID-19 – UMNOPutrajaya