Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Berterusan, ‘Ketua Kampung’ Pastikan Rakyat Terbela

PUTRAJAYA – Sumbangan dan bantuan kepada warga Putrajaya dilaksana secara berterusan mengikut penempatan komuniti di sekitar kawasan terbabit.

Dalam hal ini, Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan kesyukuran kerana perancangan untuk mengangihkan sumbangan terus kepada rakyat berlangsung lancar.

“Alhamdulillah. Agihan sumbangan bantuan beras dan ikan kembung kepada penduduk Putrajaya diteruskan bagi membantu meringankan beban. Memang ada rungutan bahawa harga barangan makin meningkat dan diharap dengan sumbangan yang diberi akan dapat meringankan beban perbelanjaan dapur,” katanya.

Dalam pelaksanaan gerak kerja hari ini, sebagaimana biasa, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang diterajui Dr Tengku Iqbal Munawir bersama barisan ahli jawatankuasa dan jentera pemuda bahagian dan cawangan telah meneruskan usaha selaku pemudahcara agihan bantuan.

“Sumbangan ini dibuat secara berperingkat mengikut giliran kawasan masing-masing. Saya berharap agar mana-mana yang belum mendapat bantuan bersabar kerana sumbangan ini dilaksanakan oleh jentera yang sukarela menjadi pemudahcara untuk menyalurkannya terus kepada rakyat.”

Dalam masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera Bahagian Putrajaya yang telah sama-sama berusaha memastikan usaha membantu rakyat lancar.

Di samping itu, Tengku Adnan turut menyeru semua pihak untuk mengutamakan keselamatan.

“Saya minta semua pihak agar utamakan SOP dan penjarakan sosial, sama-samalah kita berusaha memutuskan rangkaian COVID-19 dan berdoa agar negara kita kembali sejahtera,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya