Aktiviti & Komuniti

Program ‘Puteri Sayang’ Bantu Ringankan Beban Rakyat Terkesan COVID-19

PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya meraikan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dalam suasana berbeza selari dengan situasi semasa iaitu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Tahun ini, anggota Puteri Putrajaya melaksanakan pengagihan barangan sumbangan barangan asas dari ‘Ketua Kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui program ‘Puteri Sayang’.

Melalui program yang dilaksana ini, anggota Puteri di peringkat Cawangan telah turun padang dengan menyantuni rakyat dan mengagihkan barangan bagi membantu meringankan sedikit bebanan dalam menghadapi kesulitan hidup ekoran COVID-19.

Dalam masa yang sama, anggota Puteri Putrajaya terus menerapkan kawalan kendiri dan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan. – UMNOPutrajaya