Berita

Salam Takziah, Ismail Kijo Meninggal Dunia

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, 69 yang telah meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya dilapor menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.33 tengah hari di Hospital Sg Buloh.

Terdahulu, Allahyarham yang menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu dikatakan menjalani ujian saringan Covid-19 pada 16 Januari lalu selepas mengalami batuk berpanjangan.

Allahyarham, disahkan positif pada 17 Januari dan dibawa oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Sungai Buloh pada 18 Januari lalu untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, urusan pengkebumian jenazah Allahyarham diuruskan oleh pihak KKM disebabkan arwah positif Covid- 19.

Semoga Allah tempatkan roh Allahyarham bersama orang-orang yang beriman dan soleh. – UMNOPutrajaya