Aktiviti & Komuniti

Keluarga Besar Putrajaya Realitikan Berat Sama Dipikul Melalui Bantuan Prihatin

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa menerapkan unsur kasih sayang dalam komuniti Putrajaya sehinggakan menganggap masyarakat di sini sebagai satu keluarga besar beliau sendiri

Lantaran itu, keprihatinan ‘ketua kampung’ terhadap keluarga besar Putrajaya ini direalitikan setiap masa dengan pelbagai sumbangan sebagaimana dilaksana oleh Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya dengan dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman yang juga Ketua Wanita UMNO Putrajaya.

Dalam sumbangan prihatin ini, anggota Biro Kebajikan bersama-sama Wanita UMNO Putrajaya telah menziarahi mereka yang uzur dan dilanda masalah kesihatan di kediaman masing-masing dengan menyampaikan salam dari Tengku Adnan juga.

Selain bertanyakan khabar dan memberikan sokongan moral kepada pesakit dan anggota keluarga, sumbangan turut dihulur agar dapat meringankan beban yang ditanggung.

Biarpun ternyata berat mata melihat tidak seberat bahu yang memikul namun sokongan melalui kunjungan atas ikatan silaturrahim yang terjalin diharap akan dapat memberi semangat untuk menempuhi dugaan dalam kehidupan.

Semoga keluarga besar komuniti Putrajaya kekal sejahtera dan muafakat atas kelangsungan hidup berdepan pelbagai cabaran. – UMNOPutrajaya