Aktiviti & Komuniti

Bingkisan Menjelang Tahun Baru Ceriakan Anak-anak Montessori El Bambino

PUTRAJAYA – Menjelang Tahun Baru Cina, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghadiahkan bingkisan dan pelitup muka kepada anak-anak di Montessori El Bambino Putrajaya.

Katanya, sebagai pemimpin dan orang dewasa perlulah menyemai rasa persefahaman kesatuan dalam kepelbagaian warga Malaysia, berkongsi budaya dan setiap perayaan dirai bersama khususnya kepada anak-anak kecil.

Dalam hal ini, Pengarahnya Puan Rozita telah menzahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada ‘ketua kampung’ yang sentiasa membei sokongan kepada anak-anak Putrajaya.

Montessori El Bambino menempatkan anak-anak bermula dari umur 2 tahun sampai ke pre-school dengan kaedah pembelajaran yang diberi berteraskan pendidikan cara baharu iaitu lebih kepada pengaplikasian cara hidup dan berdikari. – UMNOPutrajaya