Bakul Rezeki PPZ-MAIWP Bantu Ringankan Beban Rakyat
PUTRAJAYA – Hari ni NGO Pewaris telah mengedarkan Bakul Rezeki sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk Parlimen Putrajaya bagi disalurkan kepada golongan yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pengagihan kali ini, sumbangan telah disempurnakan oleh Tengku Mohd Hafiz di kawasan MPP Sub Zon 1 yang meliputi Presint 16, Presint 17, Presint 18, Presint 5 dan Presint 6.
Lebih bermakna apabila Pewaris turut disertai MPP Subzon 1 yang turun padang sebagai pemudahcara untuk menyampaikan Bakul Rezeki PPZ-MAIWP
Walaupun terdapat beberapa kekangan akibat pelaksanaan PKP namun misi bagi memastikan sumbangn dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Ini kerana, keutamaan menyalurkan bantuan adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi warga Putrajaya.
Semoga usaha yang dilaksana akan dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan PKP dan sama-samalah kita sebarkan kebaikan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.