Aktiviti & Komuniti

Semoga Diberikan Kesembuhan, Mantan KC Rafflesia Uzur

PUTRAJAYA – Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim bersama dengan Saudara Tengku Mohd Hafiz telah menziarahi mantan Ketua Cawangan UMNO Rafflesia yang sedang uzur di rumahnya, di PPAM Melinjau, hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, mereka telah menyampaikan salam dari Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang begitu prihatin dengan kesejahteraan komunitinya.

Selain sumbangan dihulurkan dan bertanya khabar berkaitan permasalahan kesihatan yang dihadapi, sokongan moral turut disampaikan agar beliau tabah dan cekal dalam berdepan kesulitan dan dugaan.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau diberikan kesembuhan dari sakitnya. – UMNOPutrajaya