Sumbangan Berterusan: Warga Emas, Golongan OKU Jadi Perhatian
PUTRAJAYA – Menyedari bahawa setiap sokongan adalah ibarat nadi penting yang berupaya menyuntik sinar kepada rakyat khususnya mereka yang uzur, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa memastikan sumbangan dilaksanakan berterusan.
Ini kerana, beliau selaku wakil rakyat yang dianggap ketua kampung mahukan komuniti Putrajaya berada dalam keadaan selesa walaupun sekarang ini pandemik COVID-19 masih menular hingga menjejaskan ekonomi masyarakat.
Hari ini, melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman yang juga Ketua Wanita UMNO Putrajaya telah merealisasikan hasrat Tengku Adnan dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan warga emas, OKU dan ibu tunggal serta mereka yang dilanda keuzuran.
Sumbangan yang dihulur ini bukan sahaja bagi membantu mereka mengurangkan beban dalam mendepani kehidupan sukar hari ini tetapi juga adalah sebagai tanda kasih serta sokongan moral dalam keluarga besar masyarakat Putrajaya.
Inilah antara keutamaan Tengku Adnan yang menganggap masyarakat Putrajaya sebagai satu keluarga dengan menerapkan semangat saling bantu membantu dan saling memberikan sokongan.
Semoga warga Putrajaya kekal teguh muafakat dan terus harmoni berdepan cabaran wabak pandemik hari ini. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.