Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Rusdi Awang

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rusdi Awang yang telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham yang merupakan mantan Ketua Cawangan UMNO Rafflesia telah meninggal dunia malam ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di Surau Al Falah sekitar pukul 8.00 pagi esok.

Allahyarham akan dikebumikan di Presint 20.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. – UMNOPutrajaya