Aktiviti & Komuniti

Teruskan Sumbangan… Santuni Rakyat Setiap Masa

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah membuktikan bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela dengan menyalurkan sumbangan dan bantuan secara berterusan khususnya kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Tengku Adnan selaku Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sentiasa mengaplikasi pergerakan anggota jentera termasuklah ahli-ahli UMNO dipelbagai peringkat bagi menjadi ‘mata dan telinga’ agar bantuan dan sumbangan dapat disalurkan kepada mereka yang layak.

Dalam hal ini, Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya bergerak aktif selaras dengan Biro Kebajikannya selaku wakil bertanggungjawab menyampaikan sumbangan kepada rakyat.

Terbaharu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman yang juga Ketua Wanita UMNO Putrajaya telah turun padang mewakili ‘ketua kampung’ bagi meneruskan misi meyampaikan sumbangan dan menyantuni rakyat.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan dapat membantu meringankan beban mereka dan sama-samalah kita berdoa agar warga Putrajaya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya terus lestari dan harmoni. – UMNOPutrajaya