Aktiviti & Komuniti

JR Siap Siaga, Tingkatkan Gerak Kerja Berdepan PRU

PUTRAJAYA – Semua jentera Barisan Nasional (BN) sentiasa diingkatkan untuk meningkatkan gerak kerja bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Hal tersebut adalah pesanan berterusan daripada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahukan anggota parti menjadi jentera dalam memastikan Parlimen 125 Putrajaya tetap milik BN.

Lantaran itu, Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Putrajaya sentiasa memantau dan meneliti keperluan serta hal-hal yang masih boleh diperbaiki.

Hari ini, beliau telah mengadakan perbincangan dengan setiausaha dan Ketua JR Rimba Desa Barat dengan menyelaras pelaksanaan kelengkapan dan memastikan setiap perancangan yang dibuat akan dapat dilaksanakan apabila tibanya pilihan raya kelak.

Semoga dengan perbincangan dan penelitian yang dibuat akan dapat mempermudahkan segala urusan dan Putrajaya kekal menyumbang satu kerusi kepada BN. – UMNOPutrajaya