Terus Perkukuh Uhkwah, Dukung Aspirasi Demi Kelestarian Komuniti Putrajaya – Tengku Adnan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penduduk Putrajaya yang sentiasa mendukung usaha ke arah memastikan kelestarian penduduk dengan menganjurkan program kemasyarakatan demi ukhwah bersama.
Katanya, beliau selaku ‘ketua kampung’ merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya amat berbesar hati dengan kesatuan penduduk setempat yang menganjurkan gotong-royong dalam menjaga kebersihan kawasan kediaman, mewujudkan gaya hidup sihat dan juga sebagai medium untuk beramah mesra bersama penduduk Putrajaya.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana usaha dan kerjasama penduduk di sini dapat merealisasikan program sedemikian walaupun kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sememangnya program ini amat bermakna kerana ia dapat meningkatkan perpaduan dan kerjasama erat melibatkan komuniti di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas selesai menyempurnakan Program ‘Gotong Royong Persatuan Penduduk Presint 12 Murayya Putrajaya, hari ini.
Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan para penduduk untuk kekal mematuhi penjarakan sosial dan kekal dalam pematuhan norma baharu dan pelaksanaan SOP agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.