Aktiviti & Komuniti

Program Sumbangan ‘Bakul Rezeki’ Santuni Belia/Beliawanis Terkesan COVID-19

PUTRAJAYA – Program Sumbangan “Bakul Rezeki” Kelab Belia Presint 9, Putrajaya telah berjalan dengan jayanya yang menyantuni rakyat dalam keadaan negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Sumbangan ini diberikan kepada penduduk Putrajaya yang dikategorikan dalam kelompok belia dan beliawanis serta kalangan keluarga yang terkesan akibat pendemik terbabit.

Untuk gerak kerja pada hari ini, Kelab Belia Presint 9 berjaya menyampaikan sebanyak 50 beg berupa barangan asas, seperti beras, minyak masak, tepung, gula, garam, sardin,mee dll kepada keluarga yang terpilih.

Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan perbelanjaan keluarga tersebut. – UMNOPutrajaya