Puteri UMNO Manifestasikan Program Back To School Berkongsi Rezeki
PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri Putrajaya meneruskan penyampaian sumbangan beg sekolah, alat tulis dan juga botol minuman untuk anak-anak pra-sekolah, tadika dan sekolah rendah bagi darjah 1 dan 2 melalui Program Back To School.
Bantuan ini adalah sambungan dari siri sebelumnya yang turut dilaksanakan oleh Puteri UMNO Putrajaya sebagai usaha membantu mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan khususnya dalam keadaan pandemiK COVID-19 masih menular.
Ketuanya, Cik Jumaitul Laily Zakiah berkata, bantuan Program Back To School ini adalah antara usaha yang sinonim dengan Puteri Putrajaya dalam membantu ibu-ibu muda mengurangkan beban perbelanjaan apabila tibanya sesi persekolahan.
“Alhamdulillah, usaha yang dibuat ini berjalan dengan lancar dan moga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan ibu bapa,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau Berkesempatan menyantuni ibu-ibu muda bersama Ketua Puteri dan Ketua PDM masing-masing.
“Terima kasih atas sokongan dan layanan baik yang telah diberikan. Saya harap dengan program ini kita akan dapat merapatkan saf dan membentuk penyatuan hati serta dapat mengelakkan perpecahan,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan agar semua pihak terus mengamalkan kawalan kendiri dan mematuhi SOP agar rangkaian COVID-19 dapat diputuskan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.