Berita

Tun Faisal Digantung Keahlian UMNO Dua Penggal

PUTRAJAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam tadi telah bertindak menggantung keahlian seorang ahlinya iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Pada 25 Februari lalu Tun Faisal diberi surat tunjuk sebab dan diarah hadir ke ke Tribunal Lembaga Disiplin parti itu.

Tun Faisal menjelaskan surat tunjuk sebab itu diberi atas alasan dia mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.

Selain itu, Tun Faisal sebelum ini dilapor berkata Zahid hilang kredibiliti dan mengkhianati parti susulan dakwaan cuba membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UMNOPutrajaya

Tun Faisal