COVID-19: Sumbangan Berterusan Pastikan Rakyat Terus Mendapat Sokongan
PUTRAJAYA – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya tidak pernah lelah dalam meneruskan sumbangan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sebagaimana yang telah diutarakan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bantuan ini adalah antara keutamaan ‘ketua kampung’ yang prihatin dalam usaha meringankan beban mereka lantaran kesan COVID-19 yang masih menular.
Sumbangan tersebuta adalah berbentuk makanan harian khususnya beras selain milo, gula, bihun, teh, sos serta beberapa makanan dalam tin.
Sumbangan kepada mereka yang dikuarantin di rumah lantaran COVID-19 dihantar terus ke pintu-pintu rumah bagi memastikan mereka ini tidak terputus bekalan makanan dan terus mendapat sokongan dari ketua kampung serta masyarakat setempat.
Semoga Allah SWT memberikan ketabahan kepada mereka yang berdepan dugaan COVID-19 dan sama-samalah berdoa agar Putrajaya kembali bebas dari wabak ini. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.