Aktiviti & Komuniti

Pemuda UMNO Putrajaya Aktifkan Inisiatif Nyahkuman Cegah Covid-19

PUTRAJAYA – Pemuda UMNO Putrajaya konsisten melaksanakan gerak kerja dengan menjalankan inisiatif sanitasi atau nyahkuman secara percuma dalam usaha mencegah virus Covid-19.

Fokus gerak kerja secara bersama dengan anggota bomba tempatan hari ini ditumpukan di Blok B Fasa 4C Presint 8 dengan turut melibatkan komuniti setempat.

Kesepakatan dan kerjasama melalui usaha murni antara Pemuda UMNO bersama anggota bomba dan masyarakat setempat ini adalah antara usaha berterusan membantu rakyat bagi mengurangkan risiko terdedah kepada ancaman pandemik Covid-19.

Moga khidmat bakti dan kerja amal yang dilakukan secara bersama ini diterima Allah sebagai amal soleh yang diredainya,” ujar mereka. – UMNOPutrajaya