Nur Ramadan Berterusan, Sumbangan Serunding Imarahkan Bulan Puasa
PUTRAJAYA – Sumbangan Nur Ramadan Putrajaya yang direalitikan oleh Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri tengku Adnan Tengku Mansor terus berjalan lancar dengan agihan serunding dilaksanakan kepada penduduk setempat.
Inisiatif menjelang Ramadan tersebut dilaksanakan bagi menyantuni masyarakat setempat dalam mengimarahkan kedatangan Ramadan.
Selain itu, ia dilaksanakan bagi mengeratkan silaturrahim serta memanfaatkan bulan Ramadan untuk meningkatkan amalan ibadah dan bersedekah.
Sumbangan yang dilaksanakan secara berperingkat meliputi masyarakat Putrajaya dengan bantuan telah bermula di Presint 14 dan Presint 15 yang akan diteruskan di seluruh kawasan Parlimen tersebut.
Semoga dengan usaha yang dibuat akan dapat memperkukuh kesejahteraan masayakat setempat yang hidup dalam lingkungan keluarga besar Putrajaya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.