Aktiviti & KomunitiBerita

Ke Arah PRU-15, Johari Ghani Kunjungi UMNO Bahagian Putrajaya

PUTRAJAYA – Biarpun tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tiada siapa yang tahu namun siap siaga ke arah berlangsungnya PRU15 terbabit terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Lantaran itu dalam usaha memahami dan bersedia menunggu tarikh sesuai untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat memandangkan masyarakat sudah dilatih untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik Covid-19 dan tarikh berakhir darurat semakin dekat maka Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Ghani bertandang ke UMNO Bahagian Putrajaya.

Beliau telah disambut oleh Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Shokri Shafie dan Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman serta ahli jawatankuasa UMNO Bahagian terbabit.

Dalam lawatan tersebut, taklimat dan penerangan ringkas berkaitan gerak kerja UMNO Putrajaya diberikan selain Datuk Seri Johari sendiri turut memberikan pandangan berkaitan hal-hal semasa yang boleh ditambah baik.

Hal tersebut dilaksana bagi memastikan Parlimen Putrajaya tetap kekal menjadi penyumbang kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO terus kukuh di sini. – UMNOPutrajaya