Aktiviti & Komuniti

Terima Kasih Tengku Adnan, Bantuan Dihulur Mudahkan Pergerakan

PUTRAJAYA – “Terima kasih Datuk Seri Tengku Adnan,” demikian luah En Mohd Fazil yang tidak dapat mengungkapkan perasaannya selain hanya ucapan terima kasih diluah berkali-kali dengan rasa terharu berikutan bantuan serta keprihatinan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap kesulitan yang beliau hadapi.

Terdahulu, Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Rahaman bersama AJKnya telah berkunjung ke rumah En Mohd Fazil bagi menyampaikan salam Tengku Adnan yang memberikan bantuan kerusi roda elektrik.

En Mohd Fazil amat memerlukan bantuan kerusi roda elektrik kerana beliau telah kehilangan kaki sebelah kanan manakala kaki kiri pula sudah tidak kuat lagi.

Dalam masa yang sama, anggota Biro terbabit turut mengunjungi pesakit di Presint 9 dah Presint 17 sebagai merealitikan hasrat Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya untuk menyantuni komuniti setempat khususnya yang uzur dan memerlukan bantuan.

Semoga dengan bantuan dan sokongan moral yang diberikan akan dapat membantu mereka yang ditimpa kerumitan untuk terus tabah berdepan dengan dugaan. – UMNOPutrajaya