Berita

Azlan Man Dilantik Pengerusi UMNO Perlis, Ganti Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR, 24 April – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu, menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan itu berkuat kuasa hari ini.

“Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA