Aktiviti & Komuniti

Salam Nuzul Quran – Semoga Kita Terus Istiqamah Di Jalan-Nya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan Salam Nuzul Quran kepada umat Islam.

Dalam masa yang sama beliau mengajak semua warga Putrajaya untuk mengimarahkan Nuzul Quran dengan menghayati peristiwa turunnya Al-Quran untuk menjadi panduan kepada kehidupan manusia.

“Semoga kita terus istiqamah dalam meningkatkan amal ibadah kita kepada-Nya dan marilah kita sama-sama terus bersyukur atas kurniaan Allah SWT kepada kita semua,” katanya. – UMNOPutrajaya