Isu Semasa

Siasat Tuduhan KPN: Tubuh Segera RCI

Tan Sri Hamid Bador membuat dakwaan terbuka. Dia tuduh Hamzah Zainuddin campur tangan kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai yang bermasalah.

Dia juga buat banyak tuduhan lain. Termasuk isu katak yang dikaitkan dengan rasuah.

Hamzah Zainuddin pula tidak menafikan audio mirip suara beliau adalah tulen. Isu pokok yang perlu diselesaikan ialah tuduhan IGP dan butiran dalam audio tersebut.

Justeru Suruhanjaya DiRaja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Ini kerana PDRM adalah agensi penguatkuasa paling penting dan kritikal untuk negara.

Ia mesti didokong kuat oleh Pegawai yang profesional dan berintegriti. Barulah keadilan dan keselamatan terjamin

Tetapi apabila Hamid Bador tuduh SPP yang dipengerusikan Hamzah dicemari oleh unsur politik, maka kredibiliti PDRM tercemar.

Apa maksud Hamid Bador, “Bahaya sekarang ini. Dia (Hamzah) bawa mesin pengorek buat jalan baru ke?”

Apa yang bahaya? Segerakan RCI. Segerakan sidang parlimen.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi