Serunding Buat Anggota Bomba & Polis Putrajaya, Ingatan ‘Ketua Kampung’ Tanpa Noktah
PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai ‘ketua kampung’ sememangnya tanpa noktah khususnya demi kesejahteraan rakyat semua peringkat.
Dalam sama yang sama, Tengku Adnan amat mengambil berat kepada anggota petugas keselamatan iaitu bomba dan polis yang sememangnya melaksanakan amanah tanpa mengira masa.
Sehubungan itu, beliau dengan diwakili oleh anakandanya, Dr Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan telah menzahirkan sumbangan serunding untuk para anggota petugas di balai bomba dan polis Putrajaya.
Turut bersama ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Puan Husna Abd Rahaman.
Sememangnya sumbangan serunding tersebut terlalu kecil untuk dinilaikan dengan tanggungjawab dan tugas yang telah dilaksanakan oleg para anggota keselamatan namun, pemberian adalah ingatan yang tidak pernah henti terhadap mereka.
Apatah lagi suasana kini mengundang kepada pelaksanaan tugasan yang lebih mencabar apabila COVID-19 kembali menular, maka penguatkuasaan anggota polis amat membantu di samping kesiapsiagaan anggota bomba turun padang dalam apa-apa juga keadaan.
Untuk itu, Tengku Adnan turut merakamkan ucapan pengharaan dan berterima kasih kepada para petugas dan juga frontliners Putrajaya yang sentiasa berusaha memutuskan rangkaian COVID-19 dan mengekang berlakunya sebarang jenayah.
Tidak lupa, beliau turut menyeru orang ramai untuk terus meningkatkan kawalan kendiri dan memastikan SOP dilaksana setiap masa demi keselamatan dan kesejahteraan komuniti Putrajaya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.