Kongsi Rezeki Puteri UMNO Putrajaya Santuni Wanita Muda
PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya terus aktif melaksanakan gerak kerja bagi menyantuni rakyat khususnya golongan wanita muda agar mereka sentiasa terbela dan tidak terasa terpinggir.
Hal tersebut direalisasikan melalui Program Kongsi Rezeki oleh UMNO Cawangan Meranti yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian sebagai aplikasi bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian.
Hadir bersama memeriahkan program ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ketua Cawangan Meranti Sdr. Ahmad Faisal Abdul Karim.
Turut serta ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail yang menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah atas kelancaran program tersebut.
“Tahniah Aishah Sahruman, Ketua Puteri Cawangan Meranti merangkap AJK Puteri Bahagian atas usaha yang dilakukan bagi memastikan program ini lancar walaupun diadakan dalam suasana yang amat sederhana dan ringkas lantaran SOP yang perlu kita patuhi,” katanya.
Beliau turut mendoakan agar Puteri UMNO Putrajaya terus istiqamah dalam menyantuni, menjaga kebajikan dan membantu rakyat khususnya warga wanita muda Putrajaya yang memerlukannya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.