Aktiviti & KomunitiBerita

Selamat Hari UMNO, Terima Kasih Terus Perkukuh Solidariti Demi Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada ahli-ahli UMNO yang terus bersolidariti terhadap UMNO biarpun parti ini bukan lagi mempunyai kuasa seperti sebelumnya.

Katanya, dalam keadaan UMNO menjadi pembangkang dan hari ini menjadi sebahagian kepada kerajaan, ahli-ahli akar umbi menunjukkan kematangan yang amat tinggi dengan kekal ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

“Sesungguhnya sokongan anggota akar umbi yang amat setia dan mahukan UMNO kembali mantap dan perkasa amat menyentuh hati saya dan sebagai pemimpin bahagian Putrajaya, saya berbangga dengan ahli-ahli UMNO yang terus teguh.

“Alhamdulillah, kita meraikan ulang tahun UMNO ke-75 dan marilah kita panjatkan doa agar parti kita ini akan terus teguh serta kembali mendapat kepercayaan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya. – UMNOPutrajaya