Ahli Parlimen Taja Makanan Petugas Sukarelawan Vaksin Putrajaya, Hargai Khidmat Mereka
PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bukan hanya kepada komuniti Putrajaya tetapi turut melangkau kepada para petugas yang menjadi sukarelawan vaksin, di sini.
Hal ini direalitikan dengan sumbangan makan tengahari dan minum petang untuk semua para petugas yang bertempat di Dewan Sri Seroja bermula harini sehingga 31 Mei 2021.
Sumbangan ini adalah inisiatif dari PBSK Putrajaya (KBS) sebagai tanda penghargaan dan salah satu usaha untuk memastikan kebajikan para petugas terjaga khususnya sepanjang menjalankan tugas memandangkan komitmen dan tugasan di PPV yang mencabar.
Ini termasuklah dengan menghadkan waktu rehat untuk membeli makanan selain dibuat secara bergilir bagi memastikan tugasan yang dipertanggungjawabkan tidak terganggu.
Semoga Putrajaya kembali bebas dari wabak COVID-19 dan semoga semua urusan warganya dipermudahkan ilahi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.