Bantuan Makanan Terus Dilaksana Bagi Penduduk Kuarantin Di Rumah
PUTRAJAYA – Individu yang mendapat perintah kuarantin di rumah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah dilupakan khususnya dalam memastikan barangan bantuan makanan dilaksana.
Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor cakna terhadap keperluan mereka dengan memenuhi barangan keperluan mereka yang dikuarantin di rumah adalah sesuatu yang mesti dilakukan.
Dalam memastikan hal tersebut dibuat secara terus, maka Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya telah turun padang dengan mengenalpasti mereka yang dikuarantin di rumah dan menghantar barangan keperluan makanan ini di luar pintu masuk agar mereka yang dikuarantin mudah untuk mendapatkannya.
Bekalan bantuan makanan ini dibuat selari dengan keperluan semasa yang membabitkan barangan asas iaitu beras, gula, biskut kering, mee segera, kopi / teh, makanan dalam tin, garam, telur dan minyak masak.
Semoga dengan bantuan yang diberikan akan dapat meringankan beban mereka yang berdepan kesulitan akibat pandemik COVID-19. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.