Berita

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ahli Parlimen Putrajaya bersama seluruh kepimpinan dan ahli parti Putrajaya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Seri Rizuan Ab Hamid yang telah kembali ke rahmatullah.

Difahamkan, Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 10.53 malam tadi.

Didoakan semoga Allahyarham ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. –UMNOPutrajaya