Aktiviti & Komuniti

Total Lockdown… Bantuan Berterusan Demi Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ahli Parlimen terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus cakna terhadap keluh kesah rakyat khususnya mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 termasuklah yang terpaksana menjalani kuarantin di rumah.

Sehubungan itu, gerakan berterusan membabitkan Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya dibuat dengan menyalurkan sumbangan makanan asas yang dihantar terus ke pintu-pintu rumah mereka yang dikuarantin.

Sememangnya bantuan yang disalurkan melalui Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya tidak pernah terhenti malah terus bergiat aktif lebih-lebih lagi sejak pandemic COVID-19 melanda negara lebih setahun lalu.

Dalam perkembangan semasa, Tengku Adnan juga terus mengesa komuniti tempatan untuk sama-sama menggembling usaha memastikan putusnya rangkaian COVID-19 dengan meningkatkan kawalan kendiri di samping pematuhan kepada SOP.

Ujarnya, bukan hanya kerana pelaksanaan total lockdown, malah setiap masa perlu sematkan usaha untuk utamakan keselamatan dan hanya keluar dari rumah sekiranya ada keperluan yang mendesak sahaja. – UMNOPutrajaya