Apakah Jawatankuasa Khas Darurat Sekadar Sandiwara?
Saya tidak mahu mengulas siapa yang betul antara Ketua Pengarah Kesihatan dan Menteri Undang-Undang, walaupun resah melihat dua anggota Pentadbiran saling berkontradiksi antara satu sama lain mengenai isu DARURAT.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah kata hanya Tuanku Agong punya budi bicara untuk teruskan Darurat ataupun tidak.
Kemudian, Menteri Undang-Undang pula perbetulkan kenyataan itu bahawa hanya Jemaah Menteri boleh nasihat Tuanku Agong (tidak timbul budi bicara) untuk teruskan Darurat ataupun tidak.
Yang pasti Perdana Menteri dalam perutusan khas beliau menyatakan secara jelas bahawa yang di bawah Ordinan Darurat, Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Jadi tak perlu kenyataan-kenyataan yang buat rakyat lebih keliru! Tak mungkin PM bersandiwara dengan penubuhan Jawatan Khas Darurat tersebut.
Bagi Pemuda UMNO, dalam tempoh sebulan setengah berbaki sebelum Darurat tamat, lebih baik Kerajaan manfaatkan Ordinan Darurat untuk kepentingan rakyat:
1. Arahkan Bank tawarkan Moratorium tanpa caj/faedah tambahan kepada semua golongan termasuk M40.
2. Arahkan KWSP untuk rakyat akses kepada i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0
3. Mengawal harga barang keperluan asas rakyat yang naik mendadak di kala pandemik.
Apa guna DARURAT jika tak dapat bantu RAKYAT!
Pemuda UMNO juga berpendirian selepas 1 Ogos 2021 tidak perlu lagi diteruskan Darurat yang ternyata lebih memudaratkan negara sedangkan jelas tidak berkesan untuk menurunkan kes Covid-19 kepada sekurang-kurangnya 2 angka.