KOPNAS Laksana Program Ziarah Prihatin & Musa’adah Putrajaya
PUTRAJAYA – Koperasi Putrajaya Nasional Berhad (KOPNAS) menyalurkan bantuan kepada keluarga yg terkesan akibat COVID-19 bersama ahli-ahli jawatankuasa KOPNAS di sekitar kawasan Presint 17.
Dalam PKP 3.0 kali ini, Pengerusi KOPNAS Dr.Tengku Iqbal telah melahirkan rasa simpati dan khuatir tentang kes-kes COVID-19 yang semakin meningkat dan turut terkesan di Putrajaya ini.
Justeru, KOPNAS bersama YB Senator Dato’ Seri Dr.Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri JPM (Hal Ehwal Agama) telah mengambil pendekatan untuk menyampaikan sedikit barangan keperluan bagi membantu keluarga yg terkesan.
Dalam hal ini, usaha murni tersebut akan dilaksana secara berterusan dan siri seterusnya akan menyusul dengan disiplin untuk akur SOP yang telah ditetapkan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.