Puteri UMNO Putrajaya Terus Santuni Rakyat, Fokus Wanita Muda
PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya terus bekerja turun padang menyantuni dan membantu rakyat yang terkesan COVID-19 dengan fokus kepada golongan wanita muda.
Ketuanya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail berkata, anggota Puteri Putrajaya bergerak aktif dengan menyalurkan sumbangan barangan asas batch kedua.
“Wanita muda di Putrajaya sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.
Ujar beliau, pelaksanaan darurat dan total lockdown yang masih dikuatkuasakan bukan penghalang untuk terus bekerja dan berbakti kepada rakyat, namun perlu penjagaan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu katanya, anggota Puteri Putrajaya sentiasa berpegang kepada pesanan dari ayahanda Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya untuk sentiasa ikhlas menghulur bantuan.
“Sentiasa perbetulkan niat, rapatkan saf dan berdoa agar diberi kekuatan dalam melaksanakan kebajikan dan berbakti kepada semua warga yang memerlukan,” ujarnya.
Terdahulu anggota Puteri UMNO Putrajaya menyertai sukarelawan YOU4WP yang bergerak ke beberapa Parlimen sekitar Wilayah Persekutuan sepanjang program Vaksinasi Covid-19 @ Wilayah Prihatin berlangsung. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.