Aktiviti & Komuniti

Ahli Parlimen Rasai Denyut Nadi Rakyat, Terus Hulur Bantuan

PUTRAJAYA – Episod kesusahan dan keperitan hidup rakyat bukanlah sesuatu yang baharu. Pandemik COVID-19 yang masih menular menjadikan ekonomi terganggu dan kehidupan rakyat terhimpit dengan pelbagai cerita yang adakalanya gagal diungkapkan.

Namun demikian, sebagai wakil rakyat yang sentiasa berusaha untuk menunaikan tanggungjawab, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaplikasikan saluran agar denyut nadi masyarakat dapat dirasai.

Antaranya ialah memenuhi keperluan pesakit diabetis yang tentunya memerlukan perbelanjaan bulanan berbeza lantaran penyakit yang perlu ditanggung.

Lantaran itu, Tengku Adnan melalui Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya yang sentiasa aktif telah menyalurkan bantuan kepada individu yang memerlukan bekalan susu khusus bagi pengidap kencing manis.

Semoga bantuan yang dihulurkan ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung serta melancarkan segala urusan seharian. – UMNOPutrajaya