Aktiviti & Komuniti

Salam Aidiladha… Bantuan Untuk Rakyat Terus Digerakkan – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menggerakkan penghantaran bantuan kepada penduduk tempatan biarpun dalam suasana sambutan Hari Raya Aidiladha.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, biarpun Hari Raya Aidiladha kali ini tidak dapat dirai sebagaimana kebiasaan namun ia bukan penghalang untuk menghayatinya.

“Lebih penting katanya ialah menyelami erti pengorbanan dalam berdepan situasi COVID-19 yang masih menular.

“Memang Aidiladha kali ini bukan sebagaimana kebiasaan kita raikan namun kita masih perlu menghayatinya. Patuhi SOP yang ditetapkan dan sama-sama kita terus berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan negara kita,” katanya.

Beliau juga menghargai kerjasama komuniti Putrajaya yang sentiasa memberikan sokongan dan saling membantu dalam berdepan kesukaran.

“Terima kasih kepada ‘team’ sukarelawan yang membantu melakukan penghantaran bantuan kepada komuniti Putrajaya yang terjejas COVID-19,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya