Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Prihatin Komuniti Putrajaya Berterusan… Terima Kasih Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Warga Putrajaya menzahirkan penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang tidak pernah putus menghulurkan bantuan barangan asas kepada masyarakat setempat.

Sememangnya komuniti Putrajaya sedia maklum bahawa Tengku Adnan sentiasa cakna terhadap rakyat malah sifat prihatin beliau sebagai pemimpin menjadi inspirasi apabila perhatian dibuat tanpa gagal biarpun beliau dalam keadaan getir dan berdepan tekanan sebelum ini.

Semenjak penularan pandemik COVID-19, bantuan prihatin yang diterjemah Tengku Adnan melalui Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya lebih rancak khususnya agihan barangan keperluan asas melibatkan beras, minyak, tepung, susu, milo, teh, kopi, telur, tepung dan beberapa barangan lain.

Antara agihan yang dilaksana hari ini membabitkan mereka yang terkesan akibat COVID-19 dari UMNO Cawangan Bunga Jenjarum. Para penerima di sini merakamkan penghargaan kepada Tengku Adnan atau lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’.

“Para penerima sumbangan dalam kawasan Cawangan Bunga Jenjarum mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Tengku Adnan dan UMNO Putrajaya atas keprihatinan dan sumbangan yang tidak henti buat warga penduduk dalam kawasan Fasa 2 ini.

“Semoga Datuk Seri Ketua Kampung dan keluarga terus dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” kata wakil penerima kawasan terbabit.

Begitu juga dengan UMNO Cawangan Bunga Iris yang turut menyalurkan sumbangan sumbangan barangan bantuan hari ini kepada mereka yang terkesan COVID-19.

“Alhamdulillah… kami dari Cawangan Iris mengucapkan ribuan terima kasih buat Ketua Kampung Datuk Seri Tengku Adnan atas sumbangan buat keluarga yang terjejas akibat wabak COVID-19.

“Tak lupa buat para petugas yang sentiasa membantu… hanya Allah sahaja yg membalas kebaikan… semoga dirahmati… Alhamdulillah… JazakaAllahu khairan jaza.”

Turut tidak ketinggalan sumbangan barangan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim terdekat di kawasan ini yang juga amat menghargai pemberian yang dilaksanakan. – UMNOPutrajaya