Rencana

Warga Putrajaya Lebih Mengenali Tengku Adnan… Terima Kasih ‘Ketua Kampung’

PENULARAN pandemik COVID-19 masih berlarutan dan semakin hari angka jangkitan semakin tinggi tanpa ada tanda-tanda untuk berlaku penurunan. Pada tarikh 23 dan 24 Julai, dua hari berturut-turut negara mencatatkan kes jangkitan baharu COVID-19 melebihi angka 15,000 , sekali gus menjadikannya yang tertinggi pernah direkodkan sejak dilanda pandemik itu Mac tahun lepas.

Sebenarnya yang parah dalam hal ini adalah rakyat ekoran menanggung derita lantaran kesempitan hidup. Salah siapa… benar penyakit ini adalah wabak dunia tapi bagaimana dengan negara-negara lain yang berjaya mengawalnya waima negara jiran terdekat kita sedangkan pada suatu waktu keadaan mereka lebih parah dari Malaysia…

Siapa yang hendak dipersalahkan oleh rakyat jika bukan kerajaan namun apa pula bantuan kerajaan kepada rakyat yang semakin tertekan. Semua pihak berkata enggan bermain politik tapi tindakan seringkali menyerlahkan yang dikata tidak sama seperti yang dilaksana.

Biarlah, bagi warga Putrajaya, mereka mengakui amat beruntung kerana memiliki wakil rakyat iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sangat prihatin dengan keperluan masyarakat apatah lagi apabila pandemik COVID-19 mula menular awal tahun lalu.

Sebenarnya keprihatinan Tengku Adnan yang mereka gelarkan sebagi ‘ketua kampung’ bukanlah baru sewaktu penularan COVID-19 ataupun hanya selepas BN/UMNO gagal membentuk kerajaan pada PRU-14, sebaliknya… itulah ketelitian dan keprihatinan sebenar Tengku Adnan, pemimpin berjiwa rakyat yang sejak dulu menghulur pelbagai bantuan tanpa ada sebarang liputan media.

Biarpun Tengku Adnan sendiri berdepan dengan pelbagai masalah, ditekan dan dihimpit ekoran sokongan politik yang kemudiannya membawa kepada pendakwaan di mahkamah atas kesalahan yang cuba mempalit lumpur di mukanya, namun Tengku Adnan tidak pula undur atau menghentikan bantuan kepada warga Putrajaya. Sebaliknya, bantuan yang duhulur melangkau perbezaan politik waima mereka adalah penentang kepada BN/UMNO dan Tengku Adnan sendiri, tetapi sumbangan tetap dihulur pada mereka yang susah.

Realitinya, Tengku Adnan menggerakkan Pusat Khidmat Masyarakat di Putrajaya bukanlah selepas mendapat bantuan dari kerajaan tetapi ia telah bergiat aktif sejak Putrajaya ditubuhkan dan Tengku Adnan mewakili mereka sebagai pemimpin.

Hal ini diakui oleh Roslan Arshad yang menganggap bahawa Tengku Adnan adalah permata di Putrajaya.
“Ku Nan adalah permata di Putrajaya, murid-murid di seluruh pelusuk Putrajaya pun amat mengenali dan menyanggi YB Ku Nan, beliau begitu mesra seperti rakyat biasa saja sekiranya tiada program rasmi. Saya kerap kali bertembung dengan YB Ku Nan di Presint 14 ketika beliau datang untuk solat Jumaat di Surau SMK Putrajaya Presint 14 tu,” maklumnya.

Demikian juga kata Abdul Wahi yang menganggap bahawa Tengku Adnan ada pejuang sebenar kerana kebiasaannya mereka akan menggunakan parti untuk mengaut kekayaan sebaliknya pula pada pemimpin ini.

“Kebiasaannya orang menyertai UMNO untuk mencari harta dan kesenangan dan apabila segalanya telah diperolehi mereka mula membuat onak dan duri menanam fitnah dan dengki sehingga rakyat ternganga mempercayai dan kemudian harapan rakyat mulai dikhianati.”

Begitu juga Kamaruld Zaman yang menegaskan bahawa hanya penduduk Putrajaya sahaja yang benar-benar kenal dan tahu akan hati budi pemimpin tersebut.

“Datuk Seri Tengku Adnan memang hatinya mulia… sepanjang masa menolong masyarakat dalam kesusahan di Putrajaya… Apa-apa pun masyarakat cemuh beliau tapi yang pasti Datuk Seri Tengku Adnan adalah yang terbaik… dekati beliau baru kita tahu kebaikannya… Alhamdulillah,” katanya.

Bagi Aduka Putra, beliau amat mengagumi kepribadian Tengku Adnan yang tidak alah pada tekanan untuk meneruskan perjuangan.

“Alhamdulillah Datuk… bersyukur kehadrat Ilahi yang memberi kudrat kepada Datuk untuk terus istiqomah dalam perjuangan. Segala pengorbanan Datuk hanya Allah yang tahu sedang manusia dihasut dan diajar untuk mencorakkan wajah Datuk… sebaik-baik perancangan adalah dari Allah… amat sedih umat Muhammad yang diajar tatacara dan akhlak Islam begitu rapuh pegangan hingga percaya akan fitnah….

“Dunia makin memandang pangkat dan kedudukan hingga dijadikan barang dagangan… sabar Datuk… jujur pada perjuangan InsyaAllah… Allah menjaga hijab kita… saya sangat mengagumi Datuk dan berharap api perjuangan Datuk sentiasa menyala…,” katanya lagi.

Dzahiran Yaccob turut bersetuju dan menganggap bahawa perjalanan panjang pendakwaan politik serta prinsip Tengku Adnan yang terus kukuh kepada perjuangan UMNO adalah pengajaran terbaik.

“Alhamdulillah… Datuk punya jati diri yang kuat… syabas Datuk… terbaik agar menjadi pengajaran pada ‘katak-katak’ yang berpolitik demi kepentingan diri sendiri.”

Apa yang pasti… hanya mereka yang pernah bersama dan benar-benar kenal dengan Tengku Adnan yang akan tahu hati budinya sebagaimana ucapan terima kasih dari warga Putrajaya kepada beliau. Bak kata Muhamad Khalid, “Terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan untuk masyarakat dan parti.” – UMNOPutrajaya